copy pasters

Saturday, January 23, 2010

40 Fakta Menarik

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun [echo]. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? Benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing.Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas.11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. Terdapat banyak telefon di Washington D.C mengatasi jumlah penduduk-penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung. .

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa [10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja]

27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby' .

28. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat di bumi.

29. Secara purata, ramai manusia lebih takut labab-labah daripada takut mati.

30. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.

31. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih.

32. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.33. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.

34. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri.

35. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.

36. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.

37. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.

38. Semua beruang kutub adalah kidal.

39. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.

40. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci [keyboard].

thanks to sakinah-omar.blogspot.com

Friday, January 15, 2010

Khalid Al Walid

Khalid al-Walid merupakan jeneral tentera Islam yang sangat digeruni dan disegani musuh-musuh Islam ketika itu. Beliau sangat mahir dengan strategi peperangan. Andai dia memimpin tentera Islam, dengan izin Allah, kemenangan pasti berpihak pada mereka.
Dalam satu peperangan pada zaman Saidina Umar Al-Khattab dilantik menjadi khalifah, perkara pertama yang dilakukan oleh Saidina Umar Al-Khattab ketika peperangan tersebut ialah melucutkan jawatan Khalid Al-Walid.

Khalid Al-Walid hanya tersenyum, terus menanggalkan serban yang melambangkan Jeneral Islam dan menyerahkannya pada Abu Ubaidah. Ahli tentera muslim yang lain seakan tidak berpuas hati dengan keputusan Umar.

"Siapa Umar untuk melanggar keputusan Rasullah SAW dengan melucutkan jawatan Khalid Al-Walid? Siapa Umar untuk melucutkan jawatan jeneral Khalid walau dalam pemerintahan Abu Bakar? Siapa dia?" kata ahli tentera Muslim yang tidak berpuas hati.

Khalid Al-Walid masih tersenyum.

"Apakah ada beza aku jeneral dengan aku tentera biasa? Bukankah pedang aku ini masih boleh membunuh musuh kuffar? Sekiranya kalian beriman dengan Allah, maka patuhilah arahan pemimpin." tenang sahaja beliau menjawab.
Mendengar kata-kata Khalid Al-Walid, tentera Islam mendiamkan diri. Tapi hati masih penuh dengan rasa kurang berpuas hati.
Lantaran ketidakpuasan hati, perkara tersebut telah menimbulkan fitnah di kalangan umat Islam.

Saidina Umar hanya buat tidak tahu pada awalnya. Tapi apabila fitnah semakin panas, dia pun berkata,

"Aku melucutkan jawatan Khalid Al-Walid kerana aku khuatir kamu akan berlaku syirik."

"Kenapa pula kami boleh berlaku syirik jika dipimpin Khalid al-Walid?"

Lantas jawab Saidina Umar, "Kerana aku takut kalian mengatakan kemenangan tentera Islam adalah kerana pimpinannya, bukan kerana bantuan Allah."

YOU SHOULD JUST HAVE RESISTED

It started off with just a simple greeting,
A simple smile,
A simple reason,
It was nothing your nafs whispered,
Just an ordinary conversation between two pals,
Then he started to ask about your personal hobbies,
Personal favorites,
He started showing care for you,
Oh yes, you resisted at first,
It was nothing you kept on repeating,
But your nafs kept on insisting,
You began to accept,
Little by little,
Until your dreams and thoughts were filled with fantasies,
Filled with insecure lullabies,
It was nothing you kept on reminding,
The day came when you did not realize,
You were holding hands,
Sharing jokes and laughter,
Teasing and wishing every occasion,
Oh yes,
You did not resist,
It was nothing you kept securing yourself,
Excuses kept getting better,
Self-justifications wandered off nowhere to be seen,
Because once you give in,
Once you fall in,
It’s hard to get out,
It’s difficult to fall out,
It’s too late…..
You should just have resisted.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...