copy pasters

Sunday, May 29, 2011

Kenapa Teks SMS Hanya 160 Abjad Sahaja?


Pernahkah anda terfikir mengapa teks sms hanya mempunyai 160 abjad sahaja dan tidak lebih, tidak kira syarikat telekomunikasi mana anda langgan, di negara mana atau model telefon bimbit apa anda pakai? Ia tetap hanya 160 abjad.

Friedhelm Hillebrand, seorang penyelidik komunikasi, melakukan satu eksperimen pada 1985, jauh sebelum sms menjadi realiti.

Beliau menaip ayat-ayat rambang dan mengira semua abjad, jarak, dan tanda-tanda baca. Ayat-ayat itu semuanya kerap kali lebih singkat daripada 160 abjad.

Selain itu, beliau meneliti poskad dan mendapati ia sering memuatkan kurang daripada 160 abjad.

Hillebrand kemudian menggunakan maklumat itu untuk menyakinkan rakan sekerja beliau di Global System for Mobile Communications (GSM) bahawa, 160 abjad adalah lebih daripada mencukupi untuk sms.


Saturday, May 28, 2011

Sunnah Hari Jumaat Yang Kian Dilupakan

SUNNAH-SUNNAH HARI JUMAAT YANG DILUPAKAN.

“Katakanlah (Wahai Muhmmad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku [Rasulullah (صلى الله عليه وسلم)], niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah Ali 'Imraan, 3:31)

Hari Jumaat sebagai penghulu segala hari adalah bukti kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya. Inilah hari yang terkumpul di dalamnya sekian banyak fadhilat dan kelebihan seperti yang dinukilkan dalam dalil al-Quran dan al-Sunnah. Adalah wajar kaum muslimin merebut peluang keemasan ini untuk meningkatkan kualiti amalan mereka menurut petunjuk Rasulullah (صلى الله عليه وسلم).

Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) sebagai penerima wahyu telah mengajarkan kepada kita beberapa amalan sunnah yang wajar dilakukan pada hari Jumaat. Namun mungkin akibat keterlekaan dan kealpaan kita membuat kita terlupa untuk melazimi sunnah-sunnah tersebut. Oleh itu, di sini kita cuba menyenaraikan kembali sunnah-sunnah yang semakin luput dan dilupakan beserta dalil sebagai panduan bersama.

1.Mandi, membersihkan diri, bersugi, dan memakai wangian, dan mengenakan pakaian yang terbaik.

Ini berdasarkan hadith yang disampaikan oleh Salman al-Farisi radhiallahu’anh daripada Rasulullah (صلى الله عليه وسلم), baginda bersabda:

“Tidak mandi seorang lelaki pada hari Jumaat dan membersihkan dirinya setakat yang termampu, seterusnya beliau meminyakkan rambut, mengenakan wangi-wangian harum yang dimilikinya di rumah, lantas dia keluar (ke masjid) dan dia tidak mencelah di antara dua orang (di dalam masjid), lalu dia bersolat apa yang diwajibkan atasnya. Dan sesudah itu duduk diam sewaktu imam sedang berkhutbah, melainkan diampunkan segala dosanya dari Jumaat tersebut hinggalah ke Jumaat yang akan datang ”. [Riwayat al-Bukhari]

2.Bersegera ke masjid dan tinggalkan urusan lain.

Firman Allah Ta’ala di dalam surah al-Jumu’ah ayat 9,“Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)"


3.Membaca Surah al-Kahfi BUKAN Surah Yaasin pada malam atau siang hari Jumaat.

Membaca Surah Yaasin adalah sesuatu yang mulia dilakukan oleh setiap muslim, sepertimana mambaca surah-surah al-Quran yang lainnya. Namun, untuk mengkhususkannya pada waktu tertentu seperti pada malam Jumaat adalah suatu yang tidak dijumpai dalam mana-mana dalil sahih malah bercanggahan dengan petunjuk Rasulullah (صلى الله عليه وسلم). Sedangkan setiap ibadah adalah terhenti (tidak dilakukan) sehinggalah dijumpai dalil atau nas yang menunjukkan pensyariatannya.Oleh itu, saya dengan segala rendah diri mengajak kalian semua untuk meninggalkan amalan yang bercanggahan dengan sunnah Baginda ini.
Adapun pada malam Jumaat, Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) telah mengajarkan kita untuk membaca keseluruhan surah al-Kahfi sebagaimana sabdanya:“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya akan diterangkannya dengan satu cahaya di antara dua Jumaat”. [Riwayat al-Nasaei, al-Baihaqi, dan al-Hakim]

4.Menuju ke masjid dengan memperbanyakkan berjalan kaki.

“Sesiapa yang mandi dan membersihkan diri pada hari Jumaat dan bersegera (keluar menuju ke masjid) dengan mencari posisi paling hampir dengan imam dalam keadaan diam, maka setiap jejak langkahnya itu pahala seumpama puasa setahun pada siangnya dan mendirikan ibadah pada sebelah malamnya. Hal demikian itu bagi Allah adalah sangat mudah”. [Riwayat Imam Ahmad, al-Thabarani, dan Ashab al-Sunan. Disahihkan oleh Ibn Khuzaimah]

5.Mendirikan solat sunat MUTLAK.

Solat sunat Mutlak bukanlah satu yang popular di kalangan umat Islam di Malaysia, lantaran mereka sudah terbiasa dengan solat sunat Qabliyah Jumaat. Hal ini agak menghairankan kerana Imam Syafi’I rahimahullah sendiri telah membincangkan pensyariatan solat sunat Mutlak dalam karyanya yang agung, kitab al-Umm.Berkenaan solat sunat Mutlak ini, Syeikh Nasiruddin al-Albani rahimahullah berkata:“Dianjurkan bagi orang yang masuk masjid pada hari Jumaat (bila saja) untuk mengerjakan solat sunat Mutlak sebelum duduk tanpa terikat dengan bilangan (rakaat), juga tidak ditentukan waktunya, hingga imam keluar. Atau duduk ketika masuk masjid setelah Tahiyyatul Masjid atau sebelumnya”. [Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, al-Awjiba an-Naafi’ah ‘an As’ilati Lajnah Masjid al-Jaami’ah]

Berkenaan riwayat yang menunjukkan adanya solat sunat qabliyah Jumaat, -wallahua’lam- tiada satu pun daripada riwayat-riwayat tersebut yang dapat dijadikan hujah lantaran kelemahan dan kecacatan yang berbeza-berbeza. Berkata al-Hafiz al-‘Iraqi:“Tidak ada diriwayatkan dari Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bahawa baginda solat sebelum Jumaat (Qabliyah Jumaat – penulis), kerana beliau biasa keluar rumah menuju solat Jumaat, lalu datang muadzin azan di hadapan beliau, kemudian beliau terus berkhutbah” [ Nailul Authar 3/216]. Dinukil dari kitab Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, al-Awjiba an-Naafi’ah ‘an As’ilati Lajnah Masjid al-Jaami’ah. Edisi terjemahan dalam bahasa Indonesia bertajuk "Jawaban Penting Pertanyaan Seputar Solat Jumaat" oleh Abu Umar Basyir al-Maidani, al-Qowam, mukasurat 51]

6.Memendekkan khutbah dan memanjangkan solat.

Berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh ‘Ammar radhiallahu’anh,“Sesungguhnya lamanya berdiri solat seorang lelaki dan pendeknya khutbah yang dibacanya adalah petanda kemahiran ilmu fiqhnya (mendalam pengetahuan agamanya). Maka hendaklah kamu memanjang solat dan memendekkan bacaan khutbah!” [ Riwayat Muslim]

7.Tidak mengangkat tangan berdoa di antara dua khutbah dan ketika imam berkhutbah.

Sedia maklum bahawa perbuatan menadah tangan adalah suatu yang disunnahkan tatkala berdoa. Namun, menadah tangan dalam khutbah Jumaat bukanlah suatu sunnah, malah ia bercanggahan pula dengan sunnah Rasulullah (صلى الله عليه وسلم). Ini berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Abu Daud:“Daripada 'Umarah ibn Ru'aibah yang melihat Bishr ibn Marwaan ketika di atas mimbar mengangkat tangan (Abu Daud menambah : apabila melakukan do'a pada hari Jumaat), dan berkata, “Semoga Allah menjadikan hodoh kedua-dua tangan. Aku melihat Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) tidak menambah apa-apa melainkan seperti ini dengan tangannya” dan mengisyaratkan dengan jari telunjuknya”.

8.Mendirikan solat sunat Ba’diyah Jumaat.

Para ulama’ telah bersepakat bahawa solat sunat ba’diyah Jumaat adalah disyariatkan. Terdapat dua pilihan bagi mengerjakannya; iaitu samada dilakukan dua rakaat atau empat rakaat dan kedua-duanya adalah sunnah. Ini berdasarkan kepada hadith-hadith di bawah:

a) Daripada Abu Hurairah rahiallahu’anh, bahawa Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bersabda:“Barangsiapa di antara kamu yang hendak bersolat, maka hendaklah bersolat empat rakaat sesudah (solat) jumaat”. [Riwayat Imam Muslim]

b) Daripada Ibnu ‘Umar radhiallahu’anhuma, dia berkata:“ Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bersolat dua rakaat sesudah (solat) Jumaat dua rakaat di rumahnya”. [Riwayat Imam al-Nasaei]


9.Merebut peluang dan ruang yang dikatakan waktu mustajab doa pada hari Jumaat.

Ini berdasarkan hadith Abu Hurairah radhiallahu’anh beliau berkata, Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda:“Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim solat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut". (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuah 3/5-6)

“Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203. Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai shalat Jum'at atau sehingga selesai waktu shalat ashar bagi orang yang menunggu shalat maghrib”.

Demikian antara sunnah-sunnah pada hari Jumaat sepertimana yang diajarkan oleh Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) kepada kita yang semakin dilupakan dan kurang diamalkan oleh kebanyakan masyarakat.Oleh yang demikian wahai sekalian muslim yang budiman, mari perbetulkan diri kita sejauh mana kita dalam mengamalkan sunnah Baginda. Apakah kita layak menggelar diri kita pengikut sunnah jikalau sunnah Jumaat pun sering diabaikan. Ingatlah, betapa besarnya ganjaran buat mereka yang berpegang teguh kepada sunnah tatkala umat lalai kepadanya.

Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bersabda:

"Kamu semua harus berpegang teguh kepada sunnahku (setelah Al Qur'an) dan sunnah khulafa' rasyidin yang mendapat petunjuk Allah sesudahku. Berpeganglah dengan sunnah itu dan peganglah ia kuat-kuat, serta jauhilah bida'ah (perkara baru yang diada-adakan didalam agama), karena setiap bida'ah (perkara baru yang diada-adakan didalam agama) itu adalah sesat."[HR. Abu Dawud dan Tirmidzi].

Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bersabda:“Sesungguhnya perkataan yang benar itu ialah kitab Allah dan sesungguhnya semulia-mulia petunjuk itu adalah petunjuk Muhammad dan seburuk-buruk perkara itu ialah yang diada-adakan (didalam agama) dan setiap yang diada-adakan (didalam agama) itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu sesat dan setiap kesesatan itu adalah di dalam neraka.”[HR Muslim]

Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bersabda:
“Barangsiapa yang melakukan suatu perbuatan yang bukan perintah kami, maka ia tertolak.”
[HR. Bukhari]

“Dan barangsiapa yang menyalahi Rasul itu sesudah jelas dan nyata baginya petunjuk dan mengikut orang-orang yang bukan jalan orang-orang yang beriman, nescaya Kami akan palingkan dia ke mana dia berpaling dan akan kami panggang dia di neraka Jahanam, padahal neraka itu sejelek-jelek tempat kembali.”
[An-Nisa’:115]

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu sekalian mendahului Allah dan Rasul-Nya dan takutlah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya Allah itu Mendengar lagi Mengetahui.”
[Al-Hujurat:1]

World's Largest Pool


Nemo 33 is a recreational diving center in Brussels, Belgium that is home to the world's deepest swimming pool.

The pool itself consists of a submerged structure with flat platforms at various depth levels.

The pool has two large flat-bottomed areas at depth levels of 5m (16 ft) and 10m (32 ft), and a large circular pit descending to a depth of 33m (108 ft). It is filled with 2,500,000 litres of non-chlorinated, highly filtered spring water maintained at 30°C (86°F) and contains several simulated underwater caves at the 10m depth level.

There are numerous underwater windows that allow outside visitors to look into the pools at various depths. The complex was designed by Belgian diving expert John Beernaerts as a multi-purpose diving instruction, recreational, and film production facility, and opened in 2004.











Thursday, May 26, 2011

Words to Ponder

To love is like playing the piano. First, you must learn to play by the rules. Then, you must forget the rules and play from your heart.

As long as we have memories, yesterday remains, as long as we have hope, tomorrow awaits. As long as we have friendship, each day is never a waste.

There are some things that we never want to let go of. People we never want to leave behind, but keep in mind that letting go isn’t the end of the world. It’s the beginning of new life.

Sometimes, it is good to be ‘alone’, but that doesn’t make us lonely.
It is not a matter of being present ‘with’ someone, it is a matter of being present ‘to’ someone. Many people will walk in and out of your life, but leave footprints in your heart.

The greatest regret in our lives are the risks we did not take. If you think something will make you happy, go for it. Remember that you pass this way only once!

Heartbreaks will last as long as you want and cut deep as you allow them to go. The challenge is not how to survive heartbreaks but to learn from them.

True love doesn’t have a happy ending. That’s because true love doesn’t have an ending. A heart truly in love never loses but always believes in the promise of love, no matter how long the time and how far the distance.

We are never given dreams without also being given the power to make them come true.

Learning how to be alone need not be lonely; it means you’re ready to be with someone else.

A casual friend will say, “Hi, hello!”
A close friend adds, “How are you doing?”
But a true friend further asks “What can I do to help?”

Lots of people will want to ride with you in the limo, but what you want is someone who will take the bus with you when the limo breaks down.

God never closes a door without opening a window. He always gives us something better when He takes something away.

As I look back on my past, I remember the tears I cried, the jokes I laughed at, the things I missed and lost, but there’s one thing I’ll never regret, it’s the day you became my friend.

Love has its own time, season and own reasons! You can’t ask it to stay, you can only embrace it as it comes and be glad that for a moment in your life it was yours!

We have no rights to ask when sorrow comes, “why did this happen to me?”
Unless we ask the same question for every moment of happiness that comes our way.

The recipe of friendship
1 cup of sharing
2 cups of caring
1 cup of forgiveness and hugs of tenderness
mix all these together… to make friends forever

just because someone doesn’t love you the way you want them to, doesn’t mean they don’t love you with all they have.


To discover new oceans, you should lose sight of shore. Happiness is like perfume, you can’t pour on others without getting drops on yourself.

In relationship, thanks god when you’re hurting or crying. There you are given the chance to measure the important of the relationship of the person and of yourself…then you grow.


Friends are like stars. You can’t always see them, but you know they are there. Have great hopes and dare to go all out for them. Have great dreams and dare to live them. Have tremendous expectations and believe in them.

Life is like a box of coconuts, you’ll never know if its crushed or not.

Sunday, May 22, 2011

Beli Buatan Malaysia

Sekiranya kami rakyat negara ini berjanji
membeli barangan buatan Malaysia
Bagaimana pula anda,
Para pemilik para pengarah para pengurus
Syarikat-syarikat pengeluar terbesar Malaysia
membeli dengan wang yang anda terima dari kami?

Kami rakyat bersetuju sekiranya Malaysia
ingin maju dan jaya, pekerja kita
mendapat pekerjaan dengan gaji selesa
maka kami sendiri mesti membeli
dan menggunakan barang buatan negara kami
Ertinya rakyat jelata senantiasa perlu membayar
harga yang agak tinggi untuk mendapat
barangan yang kadangkala bermutu tidak tinggi.
Maka lebihan yang mesti kami bayar ini
membolehkan anda melonggokkan keuntungan besar
di samping memperoleh ganjaran yang juga besar.

Kami rakyat ingin pula mengetahui
Bagaimanakah anda membelanjakan dividen
dan pendapatan dari harga mahal
yang semuanya datang dari saku kami
yang membeli pengeluaran Syarikat anda?

Kami ingin bertanya pula
Adakah anda juga membeli barang buatan Malaysia?
Mari kita mulakan dengan pakaian yang anda pakai
Di manakah pakaian itu dijahit?
Dan pakaian dalam yang menyaluti
bahagian-bahagian penting dan sulit tubuh anda itu
anda beli di mana dan buatan mana?
bagaimana dengan pakaian isteri anda?
Baju dan pakaian dalamnya yang tentu mahal itu
dari jenama apa dan buatan mana?

Bagaimana dengan rumah anda?
Adakah kerusi meja itu hasil tangan tukang Malaysia?
Adakah jubin dan segala perkakas bilik air
dan tandas tempat anda melepas itu diimport?
Dan putera-putera anda, adakah mereka sedang menuntut
di sekolah rendah dan menengah di luar negeri?
Bercakap tentang negara kita yang indah ini
di manakah anda menghabiskan cuti bersama keluarga?
Tentang kekayaan pula, di manakah anda melabur?
Cerahlah masa depan anda!

Orang-orang seperti anda sangat mementingkan kesihatan
Adakah anda mendapat rawatan perubatan di luar negeri?
Adakah anda dan keluarga anda dirawat
dengan biaya Syarikat?
Apakah Syarikat anda menggunakan perkhidmatan
jurubina (arkitek) Malaysia atau jurubina asing,
dan jurubina tempatan sekadar untuk mendapatkan tandatangan mereka saja?

Dan sebagai pelanggan berapakah jumlah
yang perlu anda bayar untuk peguam asing?
Mungkinkah anda begitu baik hati dan pemurah
dengan konsultan asing, tetapi begitu berkira
dan kedekut apabila anda mesti membayar konsultan tempatan?

Pertanyaan lain yang amat dekat dengan hati nurani
saya sebagai penulis, ialah: Pernahkan anda membeli
dan membaca buku puisi, cerita pendek dan novel
yang ditulis oleh penulis Malaysia?
Adakah lukisan yang tergantung di dinding perbadanan,
syarikat atau rumah anda itu ciptaan pelukis
Malaysia atau salinan daripada pelukis-pelukis asing?
Bahasa apakah yang anda gunakan dalam pertuturan sehari-hari?

Pernahkah anda menghadiri teater tempatan
atau mendengar majlis pembacaan puisi
yang semuanya adalah buatan Malaysia?
Saya pasti Syarikat anda akan menyokong derma amal
jika ia ditaja oleh para Menteri dan Diplomat.

Anda pun cukup berjasa untuk membawa masuk
artis asing. Anda sanggup pula membayar
meskipun harganya ratusan ringgit bagi sesebuah
kerusi untuk menonton dan mendengar lagu-lagu
dalam bahasa Itali yang dinyanyikan oleh suara-suara
Amerika, meskipun anda tidak mengerti maknanya.

Begitu hebat,tetapi berapa pula yang telah anda
sumbangkan kepada artis tempatan? Berapa pula
kepada penerbitan drama tempatan yang kita namakan buatan
Malaysia?
Sudah pasti kami memang membeli barang buatan Malaysia
Tetapi anda, anda sendiri bagaimana?
Adakah anda menyokong dan membeli barang buatan Malaysia
atau anda sebenarnya sekumpulan manusia aing
yang memilik pasport Malaysia.

Usman Awang


credit to nurhadizainol.blogspot.com

Gaji Pak Menteri

Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua
Menteri:

1. Gaji Pokok RM18,000
2. Elaun Keraian RM10,500.00
3. Elaun Perumahan RM10,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yang wajib diterima sama ada sakit
atau tidak bekerja:-

Lain-lain kemudahan

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan
Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket
penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti
keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa
resit
2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut
setahun sekali sebanyak RM40,000.00
6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit,satu
pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah
duit percuma.
7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau
pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan
ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak
RM400,000.00
9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua
elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan
bulanan.


Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri ialah:-

1. Gaji Pokok RM15,000
2. Elaun Keraian RM9,500.00
3. Elaun Perumahan RM9,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yang wajib terima samada sakit
atau tidak hadir bertugas.

Dan Menteri:-

1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
3. Pedapatan dari syarikat persendirian seperti kontrak dan lain-lain
4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap
masa.
6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
7. Lain-lain sumber

Kata pemberi maklumat (penghantar emel tersebut) diatas adalah berdasarkan
tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999 dan pada pendapatnya
terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang..


*pak menteri suruh rakyat berjimat cermat. Ubah gaya hidup!

halimzaki.wordpress

Carlsberg & Melayu


Tajuk entri aku kali ni agak keras dan seperti memalukan diri sendiri sebagai orang melayu je. Tapi itulah hakikatnya kilang arak yang terletak di Shah Alam itu di pengerusi kan oleh orang melayu. Bukan sekadar melayu, bahkan orang kenamaan dan orang atasan dalam hirerki masyarakt kita melayu kita ni.

Seperti yang kita sedia maklum Raja/Sultan adalah ketua agama islam bagi setiap negeri.

Tapi macam mana pula kalau ketua agama sendiri yang menjadi pengarah kepada kilang arak tersebut?

azwananuar.com


huh..jangan duk sibuk la hal rakyat marhaen ni kalau keturunan raja and VVIP melayu sendiri terlibat dgn industri arak...sesungguhnya, aku sgt "bangga" dgn prestasi anak melayu yg berjaya mendaki tangga korporat ini.

daulat tuanku..


" Diriwayatkan drp Anas r.a bahawa rasulallah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yg terlibat dengan arak ,orang yg memerah arak,orang yg diminta arak diperah untuknya ,orang yg meminumnya ,orang yg membawanya ,orang yg meminta dibawa arak kepadanya ,orang yg memberi minum arak kepada orang lain ,orang yg menjual arak ,orang yg mendapat hasil drp arak ,orang yg membeli arak ,orang yg meminta dibelikan arak untuknya "

riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi

klik sini



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...