copy pasters

Monday, July 6, 2009

7 Sebab Kenapa Melayu Tak Boleh Jadi James Bond :)


1. Melayu suka berahsia tetapi tidak pandai menyimpan rahsia.Industri perisikan seluruh dunia berasaskan satu konsep, iaitu keupayaan menyimpan, menghantar, menjual maklumat rahsia dan sensitif. Tapi lihatlah Harian Metro dan Kosmo, ianya penuh dengan berita peribadi yang mengaibkan, terutama gosip murahan dan berita picisan yang orang tak nak ambil tahu pun. Dan kebanyakkan editor dan wartawan akhbar ini Melayu, jadi tak hairanlah kalau Melayu jadi James Bond, yang pasti setiap hari akhbar akan penuh dengan rahsia rasmi dan sensitif Kerajaan Malaysia yang boleh mengancam keselamatan negara.

2. Martini shaken, not stirred (Martini digoncang, bukan dikacau).
Haram la bagi kita. Takkan James Bond Melayu nak pergi bar di luar negara lepas itu minta “Abang, minta air tebu satu”. Yang pastinya pada ketika dan saat itu identiti kamu sebagai perisik Malaysia akan terbongkar dan kamu pastinya akan dibunuh ataupun diseksa dengan cara dipaksa menonton 7 musim Akademi Fantasia terus-menerus.

3. Kasino dan perjudian adalah haram.
Kalau dirujuk semula filem Casino Royale, James Bond membelanjakan wang kerajaan untuk berjudi dan dipantau oleh pegawai dari Kementerian Kewangan yang 'seksa(i)' sangat. Kalau James Bond Melayu, mesti dia kena fikir dua-tiga puluh kali sebelum melangkah ke kasino. Takkan nak masuk kasino dekat Genting Highland atau diluar negara sambil pakai baju batik UiTM. Kalau ada pegawai dari Kementerian Kewangan pun orangnya ialah seorang makcik bertudung, memakai tag nama kementerian berwarna hitam dan sangat cerewet dalam meluluskan peruntukan untuk berjudi. Silap haribulan tak dapat satu sen pun. Habis la misi terjejas dan rahsia akan terbongkar.

4. Kereta…jeng jeng jeng(sound effect)…Proton dan Perodua!!.
Sedangkan kereta pengguna biasa pun kualiti masih lagi ditahap yang membimbangkan, inikan pula nak buat kereta rasmi untuk ejen rahsia kita. Confirm takkan ada badan dan cermin kereta kalis peluru, senjata canggih yang tersembunyi, dan pelbagai lagi gajet yang kita dapat lihat dalam kereta James Bond. Dan takkan ada kereta rasmi ejen rahsia kita yang boleh terbang, menyelam, dan jadi glider, sebab kerajaan takkan bayar (maintainance tinggi!). Dan yang pasti kita takkan beli kereta import.

5. Identiti palsu yang teramat terhad.
Dengan rupa kita ditambah kulit warna sawo matang, memang susah nak jadi low-profile. Bila turun kapal terbang dekat airport overseas, masalah dah timbul sebab perkataan ‘bin’ itu akan menyebabkan kita dituduh pengganas dan ditahan. Nak guna nama Michael Suparman tak boleh pula nanti orang kampong tuduh kita murtad! Kalau guna nama 100% Mat Salleh confirm habis. Ingat Mat Salleh nak percaya ada lelaki rupa Melayu pakai nama macam John Holmes atau Robert Jeremy? Tentu tidak.

6. Tiada peralatan khas.
James Bond yang sebenar akan dibantu oleh ‘Q’ yang akan memberikan peralatan-peralatan khas yang canggih habis, seperti kamera satelit, senjata, dan bom kecil. Kita ada apa? Setakat hari hujan pun tak boleh dapat signal Astro! Ditambah lagi dengan bilangan satelit komunikasi yang terhad (4 buah). Kalau dimushkan musuh, habis terkandas ejen rahsia kita tak dapat nak call for help sebab line Maxis, DiGi dan Celcom tak boleh guna (tiada satelit!). So, takkan nak minta tolong guna Pos Malaysia pula?

7. Satu Malaysia akan tahu identiti Ejen Rahsia kita.
Ialah dah jadi ejen yang pertama dalam Malaysia yang famous, mestilah jadi ikon Negara. Bangga anak jati kita jadi ejen rahsia! Dah tentu stesen dan program tv (Nona, TV9, astro awani, RTM, Majalah Tiga dll.) berebut nak buat feature story pasal kehidupan dan sesi latihan ejen rahsia kita ni. Itu tak kira lagi yang ejen rahsia kita ni akan jadi kaya-raya sebab jadi duta produk itu dan produk ini.

dipetik dari myxcapeworld.blogspot.com (Thanks to Najib for this post)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...