copy pasters

Sunday, July 4, 2010

Sarapan Seorang MB




Sewaktu kami sekeluarga berkunjung ke Kota
Bharu Kelantan pada cuti sekolah bulan lepas, kami sekeluarga sarapan pagi di
gerai berhampiran hotel penginapan.. Kami sekeluarga terkejut dan rasa terharu
bila kami dapati MB Kelantan tengah sarapan pagi di gerai tersebut berseorangan
tanpa pengawal peribadi dan pegawai kerajaan Kelantan..

Malah beliau terlebih dahulu menegur dan
menberi salam kepada kami sekeluarga serta mengajak kami sekeluarga makan
bersama-sama dimeja beliau sambil berborak menayakan dari mana, bagaimana
perasaan kami bila berada di Kelantan dan banyak lagi.. Ketika berborak, beliau
tiada sedikit pun menyentuh soal politik atau cerita perkembangan terkini di
Negeri kami..

Malah beliau berterima kasih kepada kami kerana sudi
datang dan lihat sendiri keadaan di Kelantan daripada membaca di akhbar atau
melihat di TV.. Malah kami sekeluarga rasa lebih terharu bila beliau bayar kami
sekeluarga makan pada pagi itu..
from: emel.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...