Erti Ramadhan bersama ahli keluarga,
Perkara nan indah ini perlu dinilai,
Dihargai, ibarat si fakir yang mendapat secebis roti,
Ia sangat berharga,
sehinggakan perasaan untuk tidak makan itu wujud,
Namun, perkara itu mesti dilaksanakan,
Maka dalam melaksanakannya,
Nikmati, Hargai, dan syukurilah,
nikmat ini.
3 bungkus air nyok,
dikongsi bersama,
ibu, ayah, adik, semua punya sama rata,
masing-masing dahagakan setitis air,
setitis air itu dirasai oleh semua,
sampai ke titisan yang kedua,
adik menangis,
bising, merengek,
meronta sambil meminta,
perasaan akur wujud dalam sanubari,
tak kala nafsu menyucuk-nyucuk hati,
titisan terakhir itu,
hilang begitu sahaja,
didalam tekak sikecil,
yang merengek, menangis
dan meronta sebentar tadi,
Murtabak, RM2
juadah emas di bulan ramadhan,
juadah fardhu yang perlu dijamah,
hujan emas di negeri orang,
hujan batu di negeri sendiri,
Murtabak RM 2,
dibeli, dibungkus, dan dibawa.
Dirasa namun kecewa,
tidak sama,
seperti yang berada di kampung sana,
Murtabak RM 2,
tidak direbut, tidak dipandang,
hanya dijamah, tanpa perasaan,
Murtabak RM 2, bazir begitu sahaja.
Ramadhan,
4 hari sudah berlalu,
apa yang telah berlaku?
adakah aku benar-benar
mengerti? menghayati?
Ramadhan hanya setahun sekali,
Bulan yang penuh rahmat,
dikurnia ilahi,
Sebagaiman fakir,
menjaga makanannya,
sebgaimana itu juga,
kita perlu menjaga Ramadhan,
kerana kita belum tahu,
sama ada Ramadhan akan datang,
atau kita akan pergi dahulu,
Aku harap, Ramadhan kali ini penuh makna,
Agar dapat ku lalui dengan sempurna ~
Ramadhan Al-Mubarak ~
thanks to nurhadizainol.blogspot.com
Perkara nan indah ini perlu dinilai,
Dihargai, ibarat si fakir yang mendapat secebis roti,
Ia sangat berharga,
sehinggakan perasaan untuk tidak makan itu wujud,
Namun, perkara itu mesti dilaksanakan,
Maka dalam melaksanakannya,
Nikmati, Hargai, dan syukurilah,
nikmat ini.
3 bungkus air nyok,
dikongsi bersama,
ibu, ayah, adik, semua punya sama rata,
masing-masing dahagakan setitis air,
setitis air itu dirasai oleh semua,
sampai ke titisan yang kedua,
adik menangis,
bising, merengek,
meronta sambil meminta,
perasaan akur wujud dalam sanubari,
tak kala nafsu menyucuk-nyucuk hati,
titisan terakhir itu,
hilang begitu sahaja,
didalam tekak sikecil,
yang merengek, menangis
dan meronta sebentar tadi,
Murtabak, RM2
juadah emas di bulan ramadhan,
juadah fardhu yang perlu dijamah,
hujan emas di negeri orang,
hujan batu di negeri sendiri,
Murtabak RM 2,
dibeli, dibungkus, dan dibawa.
Dirasa namun kecewa,
tidak sama,
seperti yang berada di kampung sana,
Murtabak RM 2,
tidak direbut, tidak dipandang,
hanya dijamah, tanpa perasaan,
Murtabak RM 2, bazir begitu sahaja.
Ramadhan,
4 hari sudah berlalu,
apa yang telah berlaku?
adakah aku benar-benar
mengerti? menghayati?
Ramadhan hanya setahun sekali,
Bulan yang penuh rahmat,
dikurnia ilahi,
Sebagaiman fakir,
menjaga makanannya,
sebgaimana itu juga,
kita perlu menjaga Ramadhan,
kerana kita belum tahu,
sama ada Ramadhan akan datang,
atau kita akan pergi dahulu,
Aku harap, Ramadhan kali ini penuh makna,
Agar dapat ku lalui dengan sempurna ~
Ramadhan Al-Mubarak ~
thanks to nurhadizainol.blogspot.com
No comments:
Post a Comment