copy pasters

Friday, August 27, 2010

Abraj Al Bait




Menara Abraj Al Bait adalah sebuah kompleks bangunan yang sedang dalam pembinaan di Kota Makkah, Arab Saudi. Apabila siap, menara tertinggi kompleks ini akan menjadi bangunan tertinggi di Arab Saudi dan kedua di Timur Tengah setelah Burj Dubai di Dubai, Emiriah Arab Bersatu dan antara bangunan tertinggi di dunia dengan ketinggian 595 m (1,950 ka). Sementara itu, jika jumlah lantai di ketujuh-tujuh kompleks menara ini dihitung bersama, maka jumlah luas lantainya diperkirakan mencapai 1,450,000 meter persegi (15,600,000 ka persegi) dan akan menjadi binaan dengan jumlah luasa lantai terbesar di dunia, mengalahkan Aalsmeer Flower Auction di Aalsmeer, Belanda yang menjadi pemegang rekod hingga saat ini.[2] Projek ini dijangkakan siap pada 2011 dengan luas lantai 15,600,000 kaki persegi (1,450,000 m²).

Lokasi menara ini berada di seberang jalan Masjidil Haram, masjid paling suci umat Islam. Menara Abraj Al Bait dibangun untuk menampung para jemaah haji yang semakin banyak datang ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji.
Perniagaan perhotelan yang semakin lama menjadi berkembang di bandar raya ini juga tidak terlepas dari banyaknya jumaah haji ini. Selain itu, Menara Abraj Al Bait ini juga dirancang untuk mampu menampung jemaah haji sampai dengan 65,000 orang.

Jam di puncak menara ini dapat dilihat dari seluruh kota Makkah. Dengan diameter 46 meter, ia merupakan jma terbesar di dunia, 5 kali lebih besar dari Big Ben di London. Jam di Cevahir Mall di Istanbul, Turki hanya 36 meter diameter. Kalimah 'Allah' tertulis pada empat sisinya, boleh dilihat pada jarak 25 kilometer. Ia menggunakan 2 juta lampu LED. 21,000 lampu merah dab hijau di puncak menara. Lampu ini akan bercahaya 5 kali menandakan waktu sembahyang.

Ia dibangunkan oleh Raja Abdullah bin Abdul Aziz Al-Saud melalui hibah dari Yayasan Raja Abdul Aziz. Menara ini menggunakan kepakaran jurutera Jerman dan Switzerland dan dibangunkan oleh Saudi Binladen Group. Ia menggunakan 250 pekerja mahir muslim.

Jam ini mula beroperasi pada 11 Ogos 2010. Ia diharap sebagai pengganti masa piawai longitud median Greenwich, London, yang terletak pada garisan bujur 0'. Ia diharap dapat menggantikan waktu piawai garisan Meridian Perdana (GMT/GMP) yang berusia 126 tahun iaitu 1884. Persidangan di Doha 2008, menyatakan Mekah adalah titik pusat sebenar bumi.


Kos? 1.6 Billion USD
perlu atau tidak? tanya diri anda..its open for debate. emm...I wonder what 1.6B USD can do for our Palestinian brothers and sisters....

3 comments:

  1. bila difikir buat kali pertama, bagus untuk menampung jemaah haji yg bertambah.

    bila difikir kali kedua pasal kos, rasa tak berbaloi.

    and betul, kalau guna utk membantu rakyat Palestin, kan lebih baik.

    ReplyDelete
  2. betul2..imho, tmpat ibadah ni x leh diselubungi kemodenan melampau...hilang rase rendah diri depan tuhan...kan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...