Untuk rekod :
Kisah ini diceritakan daripada kitab Al-Tazkirah fi Ahwal al-Mawta wa Umar al-akhirah oleh Imam al-Qurtubi.
Lalu hamba Allah ni bertanya kepada Ibrahim Adham.
"Apakah ada ruang untuk aku melakukan maksiat?" tanya hamba Allah ini kepada Ibrahim Adham.
Ibrahim Adham menjawab pertanyaan beliau.
"Ya. Kamu boleh melakukan maksiat.. dengan syarat.." balas Ibrahim Adham kepada hamba Allah.
Lantas Ibrahim Adham terus memberi syarat itu kepada beliau....
Syarat pertama, jangan kamu makan rezeki Allah kerana tidak layak bagi orang yang makan rezeki Allah derhaka kepada Allah.
Syarat kedua, jangan kamu tinggal di bumi Allah kerana tidak layak orang yang tinggal di bumi Allah melakukan maksiat dan penderhakaan kepada-Nya.
Syarat ketiga, buatlah maksiat di tempat yang Allah tidak nampak akan kamu.
Syarat keempat, sekiranya malaikat maut datang hendak mencabut nyawa kamu, maka katakan kepada malaikat maut itu untuk menangguhkan sedikit waktu umur kamu supaya sempat bertaubat. Sekiranya kamu dapat melakukannya, maka persilakanlah untuk melakukan maksiat.
Syarat kelima, sekiranya malaikat zabaniah penjaga neraka datang untuk mengheret kamu ke dalam neraka, maka katakan kepadanya bahawa kamu tidak akan mengikutinya. Sekiranya kamu dapat melakukannya, maka dipersilakan untuk melakukan maksiat.
Selesai saja syarat-syarat yang diperkatakan oleh Ibrahim Adham kepada hamba Allah ini lantas beliau terus menangis tanpa henti. Dia tersedar bahawa dia tidak layak untuk melakukan maksiat kepada-Nya. Apatah lagi dengan diri kita ini.
Lalu pengakhiran kisah ini, beliau terus bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Sejak itu beliau terus mencari ilmu dan beramal serta menjadi hamba Allah yang soleh.
No comments:
Post a Comment