Kebangkitan Gerakan Islam Seluruh Dunia.
Tentu ramai daripada umat Islam seluruh dunia ingin mengetahui bagaimana kebangkitan gerakan-gerakan Islam mula berkembang di serata dunia pada hari ini. Selepas daripada kewujudan gerakan-gerakan serampang dua mata daripada orang-orang kafir, khilafah Islamiyah telah dengan rasminya di jatuhkan oleh orang yang bertanggungjawab, Kamal Attarturk. Hal ini dilihat oleh sekalian umat Islam di dunia.Setelah kejatuhan Islam, ramai daripada pemikir-pemikir Islam telah bangkit selepas daripada kejatuhan tersebut. Mereka bangkit dengan membentuk gerakan-gerakan bagi mengembalikan semula kesucian Islam yang telah diperkosa oleh golongan-golongan kuffar. Kebangkitan gerakan Islam ini kita boleh bahagikan kepada dua elemen penting yang perlu kita teliti dan nilai :-
1- Zaman lena dan lalai.
2- Zaman kebangkitan dan perjuangan.
Zaman Lena dan Lalai
Zaman ini bermula ketika diakhir pemerintahan Uthmaniah sehingga 20 tahun selepas kejatuhan Islam ketika itu. Pada masa tersebut umat Islam masih lagi di buai dengan tidur yang panjang sehinggakan tidak menyedari akan kerakusan puak-puak kuffar menelanjangkan agama mereka sendiri. Pada masa itu umat Islam telah ditelenggami dengan harta dan kekayaan dunia yang melimpah ruah sehingga lupa akan matlamat sebenar mereka hidup di dunia ini. Inilah hal yang berlaku ketikat itu. Oleh kerana kelekaan umat Islam sendiri Allah S.W.T. menguji mereka dan memberi sedikit peringatan dengan manjatuhkan sistem khilafah yang digeruni oleh golongan-golongan kafir.Setelah secara rasminya Mustafa Kamal Attarturk mengumumkan sistem Khilaf sudah tidak logik lagi digunakan maka beberapa perubahan besar berlaku kepada sistem pemerintahan Islam itu sendiri antaranya :-
- Penghapusan Khilafah Islamiyah.
- Mewartakan pengasingan agama daripada pemerintahan negara.
- Menutup mahkamah-mahkamah syariah.
- Menghapuskan jawatan Menteri Syariah dan Auqaf.
- Menghalau keluar Khalifah Abdul Majid ke-dua serta kaum keluarganya dari Turki
- Hukuman gantung ke atas para mujahid dari kaum-kaum Kurdis yang melancarkan revolusi jihad ke atas kerajaan Turki.
- Sistem parlimen diperkenalkan
Inilah diantara kesan-kesan selepas kejatuhan kerajaan Islam Uthmaniah pada tahun 1924, dan kesan-kesan ini berlarutan ke negara-negara Islam yang lain sehingga hari ini.
Zaman Kebangkitan dan Perjuangan.
Sekitar selepas 20 tahun kejatuhan Khilafah Islamiyah umat Islam telah bangkit daripada negara-negara kecil Islam dalam mengembalikan kegemilangan Islam itu sendiri di seluruh pelusuk dunia. Kesan daripada kebangkitan ini maka lahirlah gerakan-gerakan yang dari semasa ke semasa memperbaiki dan menyeru manusia untuk kembali kepada agama Islam yang sebenar. Gerakan-gerakan ini telah menyuarakan berkenaan dengan agama Islam itu sendiri iaitu Islam adalah agama untuk negara, ia juga agama untuk ibadah dan jihad, Islam itu juga adalah akhlak dan politik bahkan Islam itu adalah panduan dalam berhukum dan Matlamat dalam kehidupan.
Gerakan-gerakan Islam
Diantara gerakan-gerakan Islam yang telah bangkit selepas kejatuhan Khilafah Islamiah adalah Ikhwan Muslimin di Mesir, Jamaah Islamiah di Pakistan, Jamaah Tabligh di India, Hizbu Tahrir di Jordon, Parti Islam Se-Malaya (kini Parti Islam Se-Malaysia-PAS) di Tanah Melayu, dan gerakan-gerakan lain di seluruh dunia. Seperti yang kita ketahui gerakan Ikhwan Muslimin diasaskan oleh Al-Imam As-Syahid Hasan Al-Banna yang telah mengembangkan gerakan ini ke seluruh pelusuk dunia manhaj-manhaj yang syumul (menyeluruh).Gerakan-gerakan ini telah meletakkan satu syiar bagi menunjukkan matlamat serta hala tuju mereka dalam mengembalikan keizzahan (keagungan) Islam itu. Allah Matlamat Kami, Rasul Ikutan Kami, Quran Syariat Kami, Jihad Jalan Kami, dan Mati Di Jalan Allah Adalah Cita-cita Tertinggi Kami. Ini adalah syiar yang telah diperjuangkan oleh gerakan-gerakan Islam sehingga kini.Gerakan-gerakan ini diperkenalkan kepada umat Islam serata dunia bagi memberi gambaran sebenar mengenai Islam yang mereka anuti dari segenap aspek disamping mengajak orang-orang bukan Islam supaya dapat menerima agama Islam sebagai agama mereka yang suci.Seruan kepada Pemuda-Pemuda.Wahai pemuda-pemuda hari ini kamu dibekalkan dengan agama yang sungguh murni, agama Islam. Sejarah lampau telah mengingatkan kamu betapa pentingnya kehidupan dalam membangunkan Islam di seluruh dunia. Adakah kamu masih lagi ingin dibuai oleh mimpi-mimpi yang hanya sekelumit nikmatnya di dunia ini?, tidakkah kamu mengerti akan kehidupan akhirat yang kekal abadi tiada kesudahan akan lebih beerti andai kamu membanting tulang dalam menaikkan Islam?, kamu masih lagi lalai dengan kehidupan dunia, kamu masih lagi leka dengan nikmat dunia yang hanya sebentar saja. Ingatlah kematian tidak mengenal siapa, jangan kerana dunia yang serba canggih ini menghakis nilai Islam yang ada pada diri kamu. Jangan toleh ke belakang siapa yang harus bantu Islam, jawab dalam hati sanubarimu dengan jujur dan ikhlas "AKULAH AKAN MEMBANTU ISLAM" bangkit dari lenamu.Imam Hasan Al-Banna telah menggariskan beberapa garis panduan yang patut kita ikuti dalam mendapat iman yang sempurna
1- Hati Yang bersih
2- Asas Ikhlas Membuahkan Kejernihan
3- Asas Kesungguhan Akan Menguatkan Pegangan
4- Asas Beramal Memudahkan Urusan
5- Asas Pengorbanan Akidah Mantap.
Inilah sifat-sifat yang tidak akan terkumpul dalam diri pemuda-pemuda melainkan mereka yang beriman dengan tuhan mereka (Allah), maka necaya Allah akan tambah ke dalam hati-hati mereka petunjuk yang benar.
Penutup
Tanpa gerakan Islam yang telah wujud ini sudah pasti kehidupan kita pada hari ini sepertimana kehidupan puak-puak kuffar (Wanauzubillah Min zalik). Golongan-golongan kuffar sudah melampau tambahan pula mereka yang bertopengkan Islam. Kita sering mendengar ada antara mereka-mereka yang mengatakan diri mereka bertaut dengan ajaran-ajaran Islam ingin membantu dan memberi bantuan dalam misi dan visi menyelamat saudara-saudara Islam yang lain di Bumi-bumi yang diserang dan diterjah oleh kaum-kaum zionis. Tetapi, malang seribu kali malang mereka-mereka ini hanyalah bertopengkan Islam semata-mata. Pujian demi pujian diberikan kepada mereka dari para zionis seluruh dunia dan hal ini diperkatakan di kaca-kaca televisyen dan di skrin-skrin komputer, sehinggakan ada diantara umat Islam yang mendengar ungkapan-ungkapan daripada zionis-zionis ini membenarkan dan rela dengan tindakan tersebut. Inilah realiti kehidupan dunia pada hari ini. Umat Islam diterjah dan dihunus dengan senjata. Siapa yang harus membantu saudara-saudara Islam kita yang lain? Tepuk dada tanya iman sendiri. Mereka yang berfikir dengan waras akan mengkaji dan meniliti hal ini. Bagi mereka yang masih lagi dengan pemikiran jumud akan terus dengan buaian indah dunia yang sementara ini.
Monday, February 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment