Berdasarkan keterangan di atas, benarlah bahawa Ataturk yang dikatakan Bapa Pemodenan Turki itu bukanlah seorang wira anak bangsa, bahkan beliau lebih zalim daripada segelintir sultan-sultan terakhir Othmaniyah. Akhirnya pada 10 November 1938, Ataturk telah dicabut nyawanya dengan azab yang amat dahsyat sekali. Cara kematian yang Allah datangkan pada Ataturk ini, sama seperti yang Allah lakukan kepada pemimpin-pemimpin zalim terdahulu, seperti Firaun dan Namrud. Allah hanya menggunakan air laut untuk menenggelamkan Firaun dan seekor nyamuk untuk membunuh Namrud. Cara kematian Ataturk adalah begitu hina sekali samada di ambang kematiannya dan juga selepas kematiannya. Ketika beliau menghadapi sakaratulmaut, beliau masih lagi berminat dengan perkara-perkara maksiat seperti minum arak,berzina dan ke pusat-pusat kasino. Allah membalas dengan menghodohkan mukanya, bahagian perutnya bengkak, ototnya kendur dan beliau mengadu sukar untuk bernafas. Badannya pula dipanaskan Allah hinggakan Ataturk melekapkan ketulan-ketulan ais di badannya. Pihak bomba juga dipanggil untuk memancutkan air ke dinding biliknya.Sepertimana yang telah dikatakan oleh Lord Kinross, “…But the rooms of the palace proved almost as hot, and everyday firemen came to spray water on the outside walls of Ataturk’s bedroom.” Kepanasan yang dialami oleh Ataturk ini, menjadikannya tidak selesa tinggal di istana Dolmabahce itu sehingga beliau meminta dirinya direndamkan di dalam Selat Bosphorus. Walaupun suatu ketika, beliau amat antikan perubatan tradisional dan amalan jampi- menjampi yang menurutnya tidak moden, tetapi akhirnya beliau sendiri meminta supaya dirinya diubat dengan cara jampi setelah ubat moden tidak dapat mengatasi penyakitnya. Sepertimana ucapan beliau di bandar Samsun pada tahun 1924, “Pengetahuan dan sains adalah panduan terbaik bagi semua perkara dalam dunia ini, untuk keduniaan, perkara-perkara kerohanian, kehidupan dan kejayaan” (Knowledge and science are the best guide to everything in the world,to material and to spiritual things,to life and to success.) Namun kuasa Allah tiada siapa yang boleh menandinginya. Ataturk menemui ajal dengan keadaan terjerit-jerit akibat kepanasan di tubuh badannya hingga suaranya dapat didengari oleh seluruh rakyat Istanbul dari istana Dolmabahce! Selepas kematian Ataturk, Allah memperlakukan mayatnya dengan hina sekali. Ia tidak dimandikan, dikapankan, disembahyangkan atau dikebumikan dengan secepat mungkin sepertimana yang dipinta oleh Islam bahkan beliau diawet dan diletakkan di ruangan istana Dolmabahce selama 9 hari 9 malam. Kemudian mayatnya dipindahkan ke Ankara dan dipertontonkan di hadapan Grand National Assembly Building. Pada 21 November 1938, mayat beliau dipindahkan ke Muzium Etnografi di Ankara. 15 tahun kemudian, pada tahun 1953, barulah mayatnya diletakkan di sebuah bukit Resat Tepe di Ankara. Sebenarnya jasad Ataturk pernah dikebumikan tetapi tidak diterima bumi. Pada awalnya, mayat Ataturk dikebumikan di Istanbul tetapi keesokkan harinya mayat Ataturk dimuntahkan kembali. Para ulama Turki cuba mengebumikannya di Istanbul, namun kejadian yang sama turut berlaku dan mereka berpendapat bumi Istanbul hanya layak untuk pejuang-pejuang Islam seperti Sultan Muhammad Al-Fatih dan Sultan Abdul Hamid II sahaja. Ataturk tidak layak bersama mereka. Kemudian Ataturk dibawa ke Ankara namun kejadian yang sama turut berlaku seperti mana di Istanbul dan akhirnya Ataturk hanya diletakkan begitu sahaja di bawah binaan batu marmar seberat 44 tan. Untuk melindungi keaiban ini, penyokong-penyokong Ataturk menggambarkan bahawa betapa rakyat Turki masih lagi mengharapkan ‘kepulangannya’. Inilah akibat kepada Firaun generasi kedua yang selalu menentang kebenaran dan bermegah-megah dengan apa yang dilakukan. Kuasa Allah mengatasi segala-galanya dan Islam tetap subur di mana sahaja walaupun gegaran sekularisma datang menghempap, namun Islam pasti dijulang.
Monday, February 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment